“Dia Nak Tumpang Populariti Saya” – Ameng Cabar Liza Hanim Popularkan Anak

“Dia Nak Tumpang Populariti Saya” – Ameng Cabar Liza Hanim Popularkan Anak


Penyanyi Ameng menjelaskan dia tidak menyebut nama mana-mana pihak berkenaan adat kalah menang dalam satu pertandingan sehingga penyanyi Liza Hanim tamil mengeluarkan kenyataan di media sosial.

Memetik Oh Bulan, Ameng turut mendakwa kenyataan dikeluarkan oleh Liza didakwa kurang senang dengan penyanyi senior memperlekehkan kemenangan anaknya sebagai cubaan mahu menumpang popularitinya.

BACA: “Saya Masih Hormat Senior Saya Tu” – Liza Hanim Terkilan Kemenangan Anak Diperlekeh

Ameng menjelaskan, dia memberi pesanan yang diberikan kepada anaknya, Azeva adalah bersifat umum namun disalah anggap.

“Liza Hanim sebenarnya dia nak tumpang populariti saya, itu saja. Dia nak cari publisiti murahan. Dia dah tiada modal lain.

“Saya cakap, jangan harapkan kemenangan. Kadang-kadang kemenangan tidak menjanjikan apa-apa. Yang penting, kita jangan anggap itu pertandingan. Kalau kalah, kalah. Saya banyak kali kalah dalam pertandingan, tapi saya tetap popular.

“Yang juara tidak tentu akan popular. Saya tidak cakap pun anak Liza Hanim (Marsya). Saya cakap, perkara ini wujud daripada zaman 90an lagi,” katanya.

Sementara itu, Ameng turut mengingatkan agar tidak mencabar dirinya serta meminta Liza memanfaatkan wang kemenangan untuk popularkan anaknya.

“Dia cuba menangguk di air keruh. Jangan cabar saya. Memang silap la kalau kau nak burukkan nama aku. Seumur hidup, aku tak pernah burukkan nama orang. Masalah sekarang ini, kau jangan melatah. Kau buktikan yang kau seorang juara.

“Kau pergilah popularkan anak kau. Dia dapat duit RM30,000 dia pergi bercuti. Patutnya kau cari Melly Goeslaw buat lagu untuk Marsya,” katanya.

Terdahulu, Liza meluahkan rasa kesal apabila kemenangan anaknya, Marsya Qistina dalam satu program realiti sebelum ini diperlekehkan.

Menerusi  Insta Story, Liza meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan didakwa seorang individu ketika siaran langsung di media sosial.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top