Dua anggota polis parah semasa jalankan tugas musnahkan bom

Dua anggota polis parah semasa jalankan tugas musnahkan bom


KLUANG – Dua anggota polis cedera parah akibat tertimbus semasa menjalankan tugas pemusnahan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pasa pukul 3 petang itu mengakibatkan kedua-dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini.

Dua anggota daripada Unit Pemusnah Bom Polis Johor yang terbabit dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Koperal Abd Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary
daripada Unit Pemusnah Bom Polis Johor.

Difahamkan Abdul Halim mengalami pernafasan tidak stabil, patah tulang pinggul dan tulang rusuk serta pendarahan dalam perut.

Sementara Muhammad Faruuqi pula mengalami pernafasan tidak stabil dan patah tulang paha.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh terbabit tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya belum mempunyai butiran lanjut mengenai tahap kecederaan, tetapi saya boleh mengesahkan anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu dikejarkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai kehadiran ambulans ke kawasan perumahan berkenaan hingga mengundang pertanyaan penduduk setempat.- MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top