Gadis maut ditikam: Salah seorang suspek dituduh di mahkamah esok

Gadis maut ditikam: Salah seorang suspek dituduh di mahkamah esok


KOTA BHARU: Salah seorang dari dua suspek kes pembunuhan kejam seorang gadis yang ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh sebelum ini akan dituduh di Mahkamah Kota Bharu di sini esok.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Kota Bharu Asisten Komisioner Azmir Damiri ketika dihubungi hari ini.

“Ya, suspek akan didakwa di mahkamah esok,” katanya.

Utusan Malaysia 8 Mei lalu melaporkan, polis mendapat lanjutan tempoh tahanan reman tujuh hari lagi terhadap dua suspek kes pembunuhan kejam seorang gadis yang ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh pada Jumaat lalu.

Sambungan tempoh tahanan reman itu sehingga 14 Mei itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Reman itu bertujuan melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum itu, polis menemukan 61 kesan tikaman pada badan gadis yang dipercayai mati dibunuh sebelum mayatnya dibuang di Kampung Simah.

Maklumat tersebut hasil pemeriksaan awal dilakukan oleh pasukan forensik bermula dari bahagian muka sehingga kaki.-UTUSAN

120526-Klt-TuduhTikam 61Kali-Done Online

-habis-



Source link

OR

Scroll to Top