Hamil 7 bulan, Amira Othman hentikan teka-teki ramai

Hamil 7 bulan, Amira Othman hentikan teka-teki ramai

Hamil 7 bulan, Amira Othman hentikan teka-teki ramai


SHAH ALAM: Enggan lagi berteka-teki, penyanyi,  Amira Othman akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Fattah Amin.

Amira, 33, berkata usia kandungannya kini telah mencecah 30 minggu dan dijangka bakal menimang cahaya mata pada Jun depan.

“Alhamdulillah, saya mengesahkan kini sedang hamil. Usia kandungan sudah pun mencecah 30 minggu dan insya-Allah dijangka bersalin pada Jun nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Rissa Skin di Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Amira yang teruja bakal bergelar ibu memilih untuk tidak berkongsi jantina bayi buat masa ini.

“Saya sendiri tidak pasti jantinanya. Apa pun, saya tidak kisah, asalkan anak sihat,” ujarnya.

Tambah penyanyi lagu Hati-Hati itu, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan.

Menyentuh soal perancangan kerjaya, Amira memaklumkan akan terus bekerja selagi mampu sebelum berehat menjelang tempoh berpantang.

“Selagi ada rezeki, saya akan terus bekerja. Saya hanya akan berehat ketika tempoh pantang nanti,” katanya.

Sementara itu, Fattah turut meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata pertama.

“Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab. Saya sangat bersyukur atas rezeki ini.

“Soal jantina tidak penting, asalkan bayi sihat dan urusan kelahiran dipermudahkan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” katanya.

Sebelum ini, khabar kehamilan Amira menjadi bualan ramai apabila penampilannya yang dilihat mempunyai ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah majlis Hari Raya mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.

Namun, Amira sebelum ini memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenainya dan hanya meminta orang ramai mendoakan kesihatannya.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini telah mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.



Source link

OR

Scroll to Top