September 8, 2024

Hijabi Inspirasi! Fazura Tak Hanya Cantik Luaran, Tapi Berhati Mulia Santuni Pesakit Kanser – Hijabista

Hijabi Inspirasi! Fazura Tak Hanya Cantik Luaran, Tapi Berhati Mulia Santuni Pesakit Kanser – Hijabista

Cantik luar dan dalam, itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan selebriti ini. Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura memang dikenali dengan perwatakannya yang sangat lembut serta sering merendah diri.

Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan gelagat mesra Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin bersama suaminya, Fattah Amin yang tampak sangat penyayang melayan pesakit-pesakit kanser di Institut Kanser Negara.

Menerusi video pendek berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna @fazuralovers di laman TikToknya itu; aktres itu tidak dapat menahan sebak ketika sedang melawat seorang pesakit dan terlihat mesra melayani staf di institut berkenaan.

@n4dia.hassan Inspirasi sangat tengok Fazura semoga Allah terus jaga Faz 🌹#fazura #fattzura #fattahamin #kanserfighter #loveyourself #fyp ♬ original sound – Dani Sylvia

Video ini telah berjaya menarik perhatian netizen. Ramai berpendapat bahawa Fazura seakan tidak kekok dan begitu merendah diri dalam melayan pesakit kanser meskipun dirinya merupakan seorang selebriti berpengaruh besar dalam industri hiburan.

Disamping itu, Fazura turut dilihat selesa melayan staf-staf Institut berkenaan yang mahu mengambil gambar dengannya.

‘Queen’ Di Hati Semua..

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Fazura kagum melihat sikap aktres Gol dan Gincu yang cuba membahagiakan setiap pesakit kanser ini.

Bukan itu sahaja, ramai netizen berharap untuk berjumpanya lagi dan mendoakan agar urusan Fazura sentiasa dipermudahkan. Video tersebut telah mendapat 8404 kesukaan dan 316 komen daripada netizen.

Artikel berkaitan: “Jenama Tudung Fazura Untuk Semua. Setiap Rekaannya Memiliki Kisah Tersendiri…” – Fazura

Selain itu, sebelum ini juga pernah tular dimana Fazura telah berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah, Coach untuk dihadiahkan buat staf dibawah seliaanya.

Wah, memang sememangnya queen di hati semua orang. Personaliti Faz yang baik ini sememangnya wajar untuk dipuji serta dijadikan sumber inspirasi.

Sumber: Tiktok n4dia.hassan & Instagram Fazura

Artikel berkaitan: ‘Macam Mana Nak Kerja Sekali?’- Habis Puluhan Ribu Ringgit, Fazura Belanja Staf Beg Mewah Coach

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

The post Hijabi Inspirasi! Fazura Tak Hanya Cantik Luaran, Tapi Berhati Mulia Santuni Pesakit Kanser appeared first on Hijabista.

OR

Scroll to Top