JENAMA peranti pintar terkemuka dunia, HUAWEI melancarkan HUAWEI Matepad 11.5s Papermatte Edition pada 18 Jun lalu.
Selain dilengkapi jangka hayat bateri 8,800 mAh, ia turut didatangkan dengan cip Kirin 9,000 WL berkuasa yang menawarkan pengalaman menggunakan tablet lancar dan responsif, sesuai untuk kegunaan produktiviti dan hiburan.
Ia hadir dengan paparan Papermatte yang dinaiktaraf dan ciri anti silau serta anti pantulan yang memberi keselesaan pada mata melalui kawalan lapisan optik nano yang dikawal secara magnet.
Ciri anti silau dan pantulan pada HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition dikuasakan oleh 27 lapisan pencahayaan lembut dan salutan berbilang lapisan yang mampu mengurangkan pantulan cahaya.
Pada masa yang sama, ia juga mampu mengurangkan silau untuk keselesaan visual yang lebih baik dan mengurangkan pantulan skrin sebanyak 60 peratus dan memberi keselesaan pada mata.
HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition menampilkan mod Warna yang mencipta semula pengamalan seakan membaca kertas pada tablet menggunakan algoritma pemetaan warna eksklusif yang melaraskan pemetaan antara kecerahan skrin, warna dan suhu warna.
Dengan algoritma pemetaan warna yang dipatenkan, peranti mampu menghasilkan pemetaan ribuan warna yang tepat daripada gamut warna paparan (RGB) kepada gamut warna lukisan (CMYK) bagi menghasilkan kesan seperti kertas sebenar.
Paparan Papermatte pada HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition turut mendapat pensijilan pelindung mata seperti Pensijilan Prestasi Premium Keletihan Visual Rendah SGS, Pensijilan Tanpa Refleksi TÜV Rheinland, Pensijilan TÜV Rheinland Cahaya Biru Rendah (Penyelesaian Perkakasan) dan Pensijilan Tanpa Kelip TÜV Rheinland.
Kesan lukisan realistik
HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition turut hadir dengan aplikasi lukisan GoPaint yang berkuasa dan mudah digunakan serta mempunyai pelbagai keistimewaan.
GoPaint menampilkan simulasi kertas digital unik yang membolehkan pengguna menggunakan lebih daripada satu tekstur kertas mengikut kreativiti mereka dan melaraskan parameter tekstur dan bayang-bayang bagi menghasilkan lukisan yang realistik pada tablet.
Ini termasuk tekstur pramuka untuk gaya seperti lukisan minyak dan dakwat supaya pengguna tidak perlu mencari tekstur tambahan dalam talian.
GoPoint turut menawarkan kemahiran menyunting tahap profesional dengan menyediakan sehingga 100 jenis berus untuk dimuat turun dan boleh memperibadikan sehingga 70 jenis berus mengikut kreativiti pengguna.
Ia terhasil dengan kerjasama Huawei bersama Akademi Seni China (CAA) bertujuan memperjelas dan mencipta berus profesional untuk pengguna bagi menawarkan pilihan berus seperti cucian dakwat, lukisan minyak dan berus cat air.
Selain itu, GoPaint turut menerangkan cara lapisan kanvas dipertingkatkan sehingga mencapai jumlah sehingga 320 lapisan yang mana lebih 15 peratus berbanding jenama pesaing bagi membolehkan karya seni yang lebih kompleks dan terperinci terhasil.
Aplikasi GoPaint pada HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition juga menawarkan lebih lapan butang isyarat dan pintasan termasuk ‘redo’, ‘undo’ dan tangkapan warna ‘touch-and-hold’.
Pengguna juga boleh mempelajari butang isyarat ini daripada “Help & Guide” dalam tetapan.
Pejabat pintar
HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition berupaya meningkatkan produktiviti kerja dengan penawaran aksesori seperti HUAWEI M-Pencil Generasi Ke-3 (NearLink) yang menghasilkan lukisan halus dengan keupayaan kependaman ultra rendah dan tahap pengesan tekanan 10K.
Biarpun 20 keping kertas diletakkan di atas tablet, pengguna tetap boleh menggunakan HUAWEI M-Pencil Generasi Ke-3 dan menghasilkan lukisan yang sempurna.
Selain itu, produktiviti kerja turut dapat dipertingkatkan dengan tambahan aksesori seperti papan kekunci HUAWEI (NearLink) yang memberikan pengalaman berbeza mengikut kegunaan.
HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition turut menawarkan pengalaman menggunakan tablet seakan komputer peribadi dengan penawaran aplikasi WPS Office, sambungan tetikus dan papan kekunci, PivotTable, formula, garisan grid dan pembaris serta SuperHub yang meningkatkan kecekapan persidangan.
Selain itu, HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition turut dilengkapi HUAWEI Note yang mampu merakam dan memainkan semula audio di samping teks serta ciri pantas seperti ketikan dua jari untuk ‘undo’ serta tiga jari untuk ‘restore’.
HUAWEI Matepad 11.5s PaperMatte Edition boleh didapati pada harga RM2,499 di Laman Web Rasmi HUAWEI, Kedai Mercu HUAWEI di Lazada, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee atau mana-mana Kedai Pengalaman HUAWEI.
Pelanggan juga layak untuk menerima hadiah percuma bernilai RM2,046 serta hadiah lain seperti HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI M-Pencil Generasi Ketiga yang dikuasakan oleh NEARLINK, HUAWEI Mouse, HUAWEI FreeBuds 5i dan baucar RM200.
© New Straits Times Press (M) Bhd