IGN anjur persidangan antarabangsa MUN 2024

IGN anjur persidangan antarabangsa MUN 2024


KUALA LUMPUR – International Global Network (IGN) akan mengadakan persidangan antarabangsa Model United Nations (MUN) sepanjang 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif IGN, Muhammad Fahrizal berkata, persidangan ini memberi peluang kepada anak muda dari seluruh dunia untuk mengembangkan kemampuan dan bakat serta mendapat maklumat terkini.

“Persidangan ini membuka gerbang pengetahuan kepada para pemuda dari seluruh penjuru dunia untuk menyelami pengalaman belajar yang tak terlupakan.

“Ia bertujuan mempersiapkan mereka bagi menghadapi masa depan yang penuh cabaran, apatah lagi dalam dunia industri dan pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Antara persidangan anjuran MUN 2024 ialah Asia World Model United Nations VIII di Bali Indonesia (12-15 Julai), Asia Youth International Model United Nations 14th di Kuala Lumpur (2-5 Ogos), Asia World Model United Nations IX di Seoul, KoreaSelatan (10-13 Oktober) dan Asia Youth International Model United Nations 15th di Bangkok,Thailand (1-4 November).

Menurut beliau, untuk permulaan program ini akan mengasah bakat para peserta seperti bagaimana cara berfikir secara kritis, teknik berucap di khalayak umum serta kerja secara berkumpulan.

“Nilai-nilai ini selaras dengan fokus Kurikulum Merdeka pada pengembangan soft skills dan karakter.

“Lebih dari sekadar debat, MUN menerapkan pembelajaran praktis yang selaras dengan falsafah Kurikulum Merdeka, menekankan pada pendekatan berpusat pada peserta dan mendorong pembelajaran mandiri,” katanya.

Selain itu katanya, para peserta akan terlibat aktif dalam kegiatan yang dirancang untuk membantu mereka mengembangkan potensi diri secara maksimum.

“Penglibatan dalam persidangan simulasi sidang PBB memberikan para peserta dengan keterampilan dan pengalaman yang sangat dicari oleh sekolah atau universiti untuk melanjutkan pendidikan atau berkarier di perusahaan atau organisasi ternama di seluruh dunia.

“MUN menampilkan para panel yang boleh memberi inspirasi kepada para peserta dan melahirkan para alumni yang berjaya,” katanya.

Antara tokoh-tokoh yang telah menjadi panel dalam persidangan tersebut ialah Sekretaris Pertama (Politik) Kedutaan Besar Afrika Selatan di Thailand, Lebogang Seshoka; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Adam Adli Abd Halim; Duta Besar Afrika Selatan di Malaysia, David Malcomson dan Duta Besar Jepun di Malaysia, Takahashi Katsuhiko.

Selain itu, alumni MUN IGN termasuk tokoh-tokoh pempengaruh seperti Jerome Polin dan Gita Savitri Devi pernah menjadi peserta dalam persidangannya sebelum ini.

Sejak 2016, IGN telah mengadakan sebanyak 61 persidangan antarabangsa dan mempunyai 21,000 alumni dari 125 negara.

IGN mengalu alukan anak muda dari seluruh dunia untuk mendaftar ke persidangan MUN ini. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top