July 23, 2024

Kanak-kanak maut kemalangan ketika bermain basikal

Kanak-kanak maut kemalangan ketika bermain basikal



am@hmetro.com.my

Seremban: Kanak-kanak perempuan yang sedang bermain basikal maut selepas dilanggar kenderaan di sebuah taman perumahan di Bandar Sri Sendayan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam, mangsa berusia lima tahun dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Ativa dipandu lelaki berusia 34 tahun menuju ke pos pengawal taman perumahan berkenaan. Menurutnya, pada masa sama basikal dinaiki mangsa datang dari arah bertentangan di belakang sebuah pacuan empat roda.

“Basikal berkenaan kemudian dipercayai masuk ke laluan Perodua Ativa menyebabkan pemandunya tidak sempat mengelak dan terus melanggar mangsa.

“Akibat itu, mangsa mengalami kecederaan di badan dan dibawa ke HTJ untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada 8.05 malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Fadzilah Ahmad di talian 016-2895801.

“Justeru, ibu bapa atau orang dewasa dinasihatkan mengawasi pergerakan kanak-kanak yang membuat aktiviti di luar rumah terutama yang menggunakan jalan raya supaya perkara tidak diingini dapat dielakkan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top