“Ke Mana Pergi Mesti Ada Yang Mahu Bergambar, Bagi Hadiah” – Anak Sulung Anzalna Nasir Semakin Dikenali, Mula Ada Peminat Sendiri

“Ke Mana Pergi Mesti Ada Yang Mahu Bergambar, Bagi Hadiah” – Anak Sulung Anzalna Nasir Semakin Dikenali, Mula Ada Peminat Sendiri


Pelakon jelita, Anzalna Nasir mencuri perhatian warganet apabila mendedahkan anak lelakinya, Eidress kini semakin dikenali sehingga mempunyai peminat tersendiri walaupun masih kecil.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Anzalna memuat naik sebuah video yang memaparkan Eidress dengan sopan menyantuni orang ramai yang mahu bergambar bersamanya ketika berada di tempat awam.

Menurut Anzalna, situasi itu sudah menjadi perkara biasa setiap kali mereka keluar bersama.

“Sekarang ini ke mana sahaja Eidress pergi, mesti ada yang mahu ambil gambar. Ada juga yang hulur hadiah dan beri duit,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Anzalna berkata Eidress sendiri keliru dengan perhatian yang diterima sehingga bertanya kepadanya sebab dia dikenali ramai.

“Dia tanya kenapa dia terkenal, nak jawab apa pun saya jadi serba salah,” luahnya.

Dalam masa sama, Anzalna turut menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas kasih sayang yang diberikan orang ramai terhadap anaknya.

“Terima kasih semua yang minat anak saya,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top