Sempena lebaran tahun ini, dua jenama fesyen tersohor iaitu Seth & Luna dan Shawlpublika melancarkan koleksi kolaborasi istimewa ‘Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025’ yang menggabungkan gaya dan keselesaan. Ia turut menampilkan kelainan buat si pemakai.
Koleksi ini adalah hasil pemerhatian mendalam terhadap kehendak kebanyakan wanita ketika berhari raya iaitu pakaian yang bergaya dan praktikal. Selalunya, pakaian yang disarungkan sepanjang hari mencetuskan rasa kurang selesa. Maka, tercetuslah koleksi Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025 ini.
Ramai yang memilih untuk menukar pakaian raya mereka kepada pakaian yang lebih praktikal bagi menyambut tetamu atau berkunjung ke rumah keluarga.
Kokeksi Shawlpublika x Seth & Luna ini menawarkan pakaian yang elegan dan mudah dipakai. Materialnya turut memberi keselesaan yang maksimum. Ciri utama yang menyerlah dalam koleksi ini terletak pada pemilihan material yang berkualiti tinggi.


Sentuhan Moden
Mengambil inspirasi daripada baju kurung Kedah yang klasik, siluet dalam koleksi ini menggabungkan elemen tradisional dan moden seperti drape, flounce, dan flare. Butiran ini adalah interpretasi kepada konsep ringan dan selesa selaras dengan tema utama koleksi ini.
BACA JUGA: Anggun Dengan Gaun Merah Hati DATO’ SRI SITI NURHALIZA Dipuji Nampak Lebih Muda Tak Macam 46 Tahun!
Perjalanan Empat Bulan
Koleksi ini adalah hasil daripada lebih empat bulan perancangan. Setiap helaian dicipta dengan penuh teliti demi keselesaan si pemakai. Setiap item dalam koleksi ini pasti meninggalkan memori perayaan yang tidak dapat dilupakan.
Rasai Perbezaan
Koleksi ini bakal memikat hati penggemar fesyen dan peminat setia dua jenama ini. Koleksi ini juga eksklusif bukan hanya kerana reka bentuknya bahkan kualiti material yang premium sekaligus menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mencari gaya dan keselesaan pada musim perayaan ini.
Koleksi Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025 telah dilancarkan secara rasmi di laman web pada 31 Januari 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal memiliki koleksi ini. Untuk maklumat lanjut layari https://www.shawlpublika.com/home
The post Kolaborasi Istimewa Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025 Cetus Kelainan appeared first on Hijabista.