Baru-baru ini, pemaju perumahan terkemuka, LBS Bina Group Bhd (LBS) melancarkan BSP Sutera, pembangunan residensi mampu milik yang menampilkan kehidupan moden di Selangor.
BSP Sutera dibangunkan di atas tanah seluas 2.8 hektar dan menawarkan dua jenis kediaman densiti rendah, iaitu 337 unit pangsapuri dan 84 unit rumah bandar dengan jumlah keseluruhan 421 unit.
Ia direka khas bagi memenuhi keperluan gaya hidup semasa serta terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti institusi pendidikan, pusat beli-belah, hospital serta hab pengangkutan.
Perspektif lakaran artis. Foto – LBS
Projek terbaru dari LBS Bina ini bermula pada harga serendah RM442,680 (7% diskaun bumiputera) bagi pangsapuri dengan keluasan kasar 850 kaki persegi dan RM499,968 (7% diskaun bumiputera) untuk rumah bandar dengan keluasan kasar 1,339 kaki persegi bagi unit di tingkat bawah dan 1,479 kaki persegi untuk unit di tingkat atas.
Berita baik buat semua, LBS Bina juga ada menawarkan diskaun 7 peratus untuk bumiputera.
Bukan itu saja, penduduk di residensi ini juga boleh menikmati gaya hidup yang aktif serta mampu memberi kepuasan buat mereka yang tinggal di sekitar perumahan ini.
Semua kediaman BSP Sutera direka dengan teliti, lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti trek joging, gelanggang futsal, kolam renang dan banyak lagi.
Sudah terang lagi bersuluh, BSP Sutera adalah sebuah kediaman yang mampu memenuhi semua keperluan buat setiap lapisan keluarga di Malaysia.
SkyRia pangsapuri servis pilihan
Perspektif lakaran artis. Foto – LBS
Temui dunia yang penuh dengan kegembiraan dan kemeriahan di residensi SkyRia.
Kediaman bertingkat yang memenangi pelbagai anugerah ini, terletak di perbandaran D’Island Residence dengan keluasan 70.8 hektar.
Alami kehidupan lestari selaras dengan alam semula jadi di residensi SkyRia lengkap dengan 29 kemudahan yang sesuai dengan gaya hidup masa kini.
Tunggu apa lagi, klik pautan ini untuk mendaftar sekarang juga.
Klik sini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai projek terbaru dari LBS Bina.
© New Straits Times Press (M) Bhd