“Masih Mertua, Tiada Istilah Bekas Mertua” 

“Masih Mertua, Tiada Istilah Bekas Mertua” 


Pelakon Puteri Sarah berkata meskipun sudah berpisah dengan bekas suami namun hubungannya dengan ibu bapa mentuanya masih terjalin dengan baik.

Menerusi temu bual bersama Hlive, Puteri Sarah berkata tiada istilah bekas mertua, malah ibu mentuanya hadir di majlis hari jadi anaknya.

BACA: Puteri Sarah Nafi Keluarga Mentua Belikan Rumah

“Masih okay, hubungan mertua masih mertua, tiada istilah bekas mertua. Tapi hari ini Datuk tak boleh datang sebab ada penggambaran. Tapi adik ipar semua datang,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah mengatakan hubungan co-parenting bersama Syamsul Yusof juga tidak ada sebarang masalah.

“Tak ada masalah. Kalau boleh saya nak jauhkan dari masalah. Kita kena jalinkan hubungan baik dengan semua orang. Paling penting memaafkan apa yang telah terjadi dan kita move on,” katanya.

Sumber: Hlive






Source link

OR

Scroll to Top