September 8, 2024

'Mesyuarat khas, bincang konflik Asia Barat petang ini' – PM

'Mesyuarat khas, bincang konflik Asia Barat petang ini' – PM



farahmarshita@bh.com.my

Shah Alam: Kerajaan mengadakan mesyuarat khas pada jam 6 petang ini, bagi membincangkan konflik di Asia Barat membabitkan Iran dan Israel, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berbincang dengan beberapa menteri dan pegawai bagi merangka tindakan segera yang boleh diambil untuk meredakan keadaan.

Katanya, peperangan yang sedang berlaku di antara Iran dan Israel berpunca daripada serangan ke atas kedutaan Iran yang melanggar undang-undang antarabangsa dan akan mengundang tindak balas.

“Tapi sikap kita di peringkat antarabangsa, tentulah menuntut supaya dapat di jamin penyelesaian, perdamaian di Asia Barat, kerana apa yang berlaku di sana menjejaskan keamanan dan ekonomi dunia.

“Dalam mesyuarat itu juga, kita akan membincangkan sama ada untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Iran,” katanya

.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa dan Majlis Sambutan Kelahiran Dr Ambedkar ke-133 tahun di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, hari ini.

Semalam, Iran melancarkan berpuluh dron dan peluru berpandu di wilayah diduduki Israel bagi memulakan serangan yang berkemungkinan mencetuskan ketegangan besar antara seteru di rantau berkenaan.

Stesen televisyen Kerajaan Iran Anadolu pada Sabtu melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran memulakan operasi serangan dron menyasarkan lokasi di dalam wilayah yang diduduki Israel.

Sementara itu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhasrat untuk mengadakan mesyuarat, semalam.

Perkara itu disahkan seorang diplomat selepas Israel meminta UNSC mengutuk serangan Iran ke atas Israel dan menamakan Kor Pengawal Revolusi Iran sebagai organisasi pengganas.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top