NR Mothercare komited tawar penjagaan ibu berpantang, sasar pasaran luar negara

NR Mothercare komited tawar penjagaan ibu berpantang, sasar pasaran luar negara


Industri penjagaan ibu berpantang di Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif selari dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan selepas bersalin yang berkualiti.

Dalam perkembangan ini, NR Mothercare Confinement tampil sebagai antara penyedia perkhidmatan yang komited dalam menawarkan penjagaan terbaik, bukan sahaja di dalam negara malah ke peringkat antarabangsa.

Pendekatan ini bukan sahaja membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, malah memberi ketenangan kepada keluarga apabila keperluan seperti penjagaan bayi, penyediaan makanan pantang serta rawatan tradisional diuruskan secara profesional.

Pengasas NR Mothercare Confinement, Siti Nornadiah Md Razi berkata, NR Mothercare menawarkan pelbagai pakej yang memenuhi keperluan ibu selepas bersalin.

Antara perkhidmatan utama termasuk Penjagaan ibu berpantang di rumah, Urutan prenatal dan tradisional, Pakej penjagaan selepas keguguran, Perkhidmatan penyediaan makanan pantang dan Pakej penutup pantang.

Semua perkhidmatan ini dirangka bagi memastikan pengalaman berpantang yang lebih selesa, tersusun dan selamat untuk para ibu.

“Misi kami ialah untuk membantu ibu-ibu berpantang dengan tenang dan berkualiti, malah secara tidak langsung membantu wanita di luar sana terutamanya ibu tunggal untuk turut sama menjana pendapatan dengan NR Mothercare.
“Walau bagaimanapun, kami hanya mengambil CL yang berpengalaman sekurang-kurangnya lima tahun ke atas untuk memberikan mutu dan perkhidmatan terbaik.
“CL di Mothercare mempunyai sijil dan kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Nornadiah yang turut menyatakan pihaknya menggunakan produk jenama sendiri yang mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Salah satu kelebihan utama NR Mothercare terletak pada kekuatan tenaga kerjanya yang bermula dengan kira-kira 25 orang penjaga pantang, kini jumlah tersebut meningkat kepada lebih 400 orang di seluruh Malaysia.

Setiap tenaga kerja diberikan latihan bagi memastikan mereka bukan sahaja cekap dalam penjagaan ibu dan bayi, malah mampu memberikan sokongan emosi yang penting kepada ibu sepanjang tempoh berpantang.

Sementara itu, menariknya NR Mothercare tidak hanya menumpukan operasi di dalam negara sebaliknya turut mengembangkan perkhidmatan ke luar negara dengan menghantar penjaga pantang ke beberapa lokasi seperti London, Singapura, Brunei dan Abu Dhabi.

Perkembangan ini mencerminkan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan berpantang berasaskan amalan Malaysia, khususnya dalam kalangan rakyat yang menetap di luar negara serta komuniti antarabangsa yang menghargai kaedah penjagaan tradisional.

“Alhamdulillah setakat ini banyak permintaan untuk perkhidmatan NR Mothercare dan majoritinya ialah rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.
“Kami menerima tempahan yang cukup luar biasa dan ada kalanya terpaksa menolak kerana sudah melebihi had kuota,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kepercayaan pelanggan terhadap NR Mothercare turut diperkukuhkan apabila perkhidmatan mereka digunakan oleh golongan ternama termasuk kerabat diraja.

Di samping itu, komitmen dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi telah membawa kepada pengiktirafan dalam industri keibubapaan sekali gus mengukuhkan reputasi jenama sebagai penyedia penjagaan ibu berpantang yang dipercayai.

Dengan permintaan yang semakin meningkat, NR Mothercare dilihat berada di landasan kukuh untuk terus berkembang. Penekanan terhadap kualiti perkhidmatan, latihan tenaga kerja serta penerokaan pasaran global menjadi pemacu utama kejayaan mereka.

Ditubuhkan sekitar tahun 2019, NR Mothercare memberi penekanan serius terhadap kualiti dalam setiap aspek perkhidmatan.

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu berpantang secara menyeluruh, termasuk penghantaran penjaga pantang ke kediaman pelanggan bagi memastikan ibu mendapat rehat mencukupi serta penjagaan yang rapi.

Secara keseluruhannya, NR Mothercare bukan sekadar menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu berpantang, malah membawa misi untuk mengangkat amalan berpantang tradisional Malaysia ke persada antarabangsa.





Source link

OR

Scroll to Top