July 27, 2024

Penang FC pinjam pemain import Selangor FC

Penang FC pinjam pemain import Selangor FC


KUALA LUMPUR – Penang FC mengesahkan pemain pertahanan import milik Selangor FC, Richmond Ankrah menyertai Harimau Kumbang secara pinjaman bagi saingan Liga Malaysia 2024-2025.

Pemain berasal dari Ghana berusia 24 tahun itu tiba di Georgetown semalam untuk menyertai pasukan itu selama semusim.

Ankrah, 24, yang berketinggian 1.90 meter telah membuat 13 penampilan bersama Selangor dan tampil dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dia telah menjaringkan gol senior pertamanya dalam kemenangan 3-1 menentang Terengganu FC pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2022.

Ankrah adalah pemain kedua dari Selangor yang menyertai Penang FC secara pinjaman selepas penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top