PKR runding, nasihat Ahli Parlimen yang hadir program Rafizi, Nik Nazmi

PKR runding, nasihat Ahli Parlimen yang hadir program Rafizi, Nik Nazmi

PKR runding, nasihat Ahli Parlimen yang hadir program Rafizi, Nik Nazmi


am@hmetro.com.my

Kuantan: PKR mengambil pendekatan berhubung dengan beberapa Ahli Parlimen parti itu yang hadir pada program pengumuman hala tuju politik bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 17 Mei lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata parti akan berunding dan menasihati mereka dengan memaklumkan bahawa jawatan sebagai Ahli Parlimen itu turut mewakili PKR.

Katanya, mereka seharusnya membawa visi perjuangan parti dan bukannya berkhidmat di kawasan diwakili tetapi pada masa sama mempromosikan parti lain.

“Kita sudah arahkan beberapa pemimpin untuk berunding, berhubung dan menasihati mereka bahawa apabila mereka pegang jawatan sebagai Ahli Parlimen, mereka mewakili parti.

“Ini nasihat kepimpinan kepada mereka, setakat ini kita hormat mereka sebagai Ahli Parlimen dan harus berpegang kepada apa yang ditetapkan parti,” katanya selepas merasmikan MADANI Mart cawangan Jalan Datuk Wong Ah Jang, di sini hari ini.

Sebelum ini, PKR dilaporkan akan membincangkan tindakan terhadap beberapa Ahli Parlimennya yang hadir pada program pengumuman hala tuju politik Rafizi dan Nik Nazmi .

Pada 17 Mei lalu, beberapa Ahli Parlimen PKR dilihat hadir dan bergambar bersama Rafizi dan Nik Nazmi ketika kedua-dua pemimpin itu mengumumkan keputusan keluar parti serta mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.

Antara yang kelihatan hadir ialah, Wong Chen (Subang) , Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top