July 19, 2024

Premis hiburan gaji 45 warga asing tanpa permit kerja

Premis hiburan gaji 45 warga asing tanpa permit kerja


KUALA LUMPUR – Seramai 45 warga asing termasuk 39 wanita tidak memiliki permit kerja ditahan selepas polis menggempur sebuah pusat hiburan di Plaza Puchong, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras bersama Jabatan Siasatan Jenayah (D9) IPK Kuala Lumpur menyerbu premis hiburan itu kira-kira jam 12.10 tengah malam.

Dalam serbuan itu seorang lelaki tempatan turut ditahan.

Polis mendapati premis itu menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja serta melanggar syarat pas lawatan sosial.

Serbuan itu turut merampas empat keping kertas disyaki jadual kerja pekerja asing yang berusia antara 19 hingga 51 tahun.

Kesemua yang ditangkap itu disiasat di bawah Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top