Pempengaruh media sosial, Rosix Omar mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen bersama usahawan, Noor Nabila yang sedang memasang ubat nyamuk bernilai kira-kira RM239 sekotak.
Guna ubat nyamuk premium

Menerusi hantaran di TikTok, Rosix dilihat menemani Noor Nabila membuka kotak atau melakukan sesi ‘unboxing’ produk ubat nyamuk keluaran jenama antarabangsa itu.
“Ni ubat nyamuk dan pakai lemongrass, dia tak menggunakan racun dan sangatlah wangi,” jelas Nabila.
Difahamkan, produk berjenama Diptyque Paris tersebut mengandungi enam keping ubat nyamuk dalam setiap kotak dan turut berfungsi sebagai pewangi kediaman.

Dalam video sama, Noor Nabila turut dilihat sedikit kekok ketika menggunakan produk tersebut apabila berdepan kesukaran untuk memisahkan kepingan ubat nyamuk yang bercantum antara satu sama lain itu.
Perkongsian berkenaan pantas menjadi perhatian warganet yang menyifatkan produk itu sebagai “ubat nyamuk T20” susulan harganya yang dianggap premium.
Malah ada juga yang mencari tahu harga sekotak ubat nyamuk itu dan terkejut apabila mendapati ia bernilai ratusan ringgit.
Harga T20

Banyak sangat duit tu

Macam dua-dua tak duduk kampung
Artikel lain: Netizen terkejut tengok harga, jam tangan Noor Nabila cecah RM250K – “Boleh beli sebiji rumah”
Terdahulu, Nabila mendedahkan sanggup berhabis ratusan ribu ringgit demi menjaga kecantikan wajahnya.
Tambahnya lagi, kos penjagaan kulitnya sekitar lebih RM140,000 setahun untuk kelihatan lebih anggun biarpun tidak mengenakan sebarang solekan.
Sumber: TikTok rosixomar25






