Rumah perjuangan bangsa! UMNO kekal diyakini, kini pilihan anak muda- Zahid Hamidi

Rumah perjuangan bangsa! UMNO kekal diyakini, kini pilihan anak muda- Zahid Hamidi


UMNO terus menerima isyarat positif apabila semakin ramai golongan muda memilih untuk menyertai parti itu menerusi kemudahan pendaftaran keahlian secara dalam talian, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkembangan tersebut membuktikan UMNO yang kini memasuki usia 80 tahun masih kekal relevan serta bergerak seiring perubahan zaman, selain terus diyakini sebagai wadah politik penting dalam menjamin kestabilan negara.

Menurutnya, trend penyertaan anak muda itu juga menjadi petanda bahawa parti berkenaan masih mempunyai daya tarikan tersendiri walaupun telah melalui pelbagai fasa jatuh bangun sepanjang lapan dekad perjuangan.

“Sebagai Presiden UMNO, antara perkara yang paling menggembirakan saya adalah melihat semakin banyak anak muda memilih untuk bersama UMNO melalui pendaftaran keahlian secara dalam talian,” katanya menerusi hantaran di Facebook bersempena sambutan ulang tahun UMNO ke-80 di ibu negara.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, kekuatan sebenar UMNO tidak terletak pada nama semata-mata, sebaliknya pada kesetiaan akar umbi yang terus menjadi tunjang kepada kelangsungan parti.

Artikel lain: Sirih pulang ke gagang! UMNO pelawa bekas pemimpin BERSATU sertai Rumah Bangsa

Dalam masa sama, beliau mengakui UMNO turut berdepan pelbagai cabaran termasuk perubahan landskap politik, persepsi awam dan perpecahan, namun tetap bertahan kerana semangat perjuangan ahli yang tidak pernah luntur.

Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada ribuan ahli yang hadir memeriahkan Sambutan 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, yang disifatkan sebagai manifestasi kesetiaan serta pengukuhan tekad perjuangan parti.

Sumber: FB Zahid Hamidi





Source link

OR

Scroll to Top