“Semoga Menjadi Asbab Penghijrahan” Imej Berhijab NORA DANISH Raih Pujian & Doa – Hijabista

“Semoga Menjadi Asbab Penghijrahan” Imej Berhijab NORA DANISH Raih Pujian & Doa – Hijabista

Dewasa ini banyak sangat kes kita dengar kes membabitkan sumbang mahram antara ayah dengan anak. Adik dengan abang atau cucu dengan datuk. Dalam kes ini, mangsa yang masih kecil (kanak-kanak perempuan) sering menjadi mangsanya. Oleh kerana usia masih kecil dan rasa takut, segala perbuatan itu akan hanya disimpan sahaja.

Kadang-kadang tanpa kita sedari walaupun dalam rumah ada batas aurat yang perlu kita jaga. Maklumlah segala perlakuan sumbang mahram ini memang banyak bermula dari rumah lagi. Mungkin keadaan rumah yang kecil dan tidak selesa menyebabkan abang atau bapa atau datuk yang liar matanya memandang aurat anda walaupun ia adalah muhrim.

Malah pengertian tentang aurat juga menyebabkan faktor ‘haruan makan anak’ ini yang semakin berleluasa di negara kita. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.

 

PENTING: Elak Diri Jadi MANGSA Rogol Walaupun Dalam RUMAH, Ini Batas AURAT Dalam Islam Hijabi Perlu Ambil Tahu

Apa yang kita fahami tentang aurat. Melalui penerangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”

Daripada penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

ASAS AURAT

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

  1. Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

  1. Aurat Ketika Sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

  1. Aurat Ketika Bersama Mahram

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.

Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

PENTING: Elak Diri Jadi MANGSA Rogol Walaupun Dalam RUMAH, Ini Batas AURAT Dalam Islam Hijabi Perlu Ambil TahuPENTING: Elak Diri Jadi MANGSA Rogol Walaupun Dalam RUMAH, Ini Batas AURAT Dalam Islam Hijabi Perlu Ambil Tahu

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :

  1. Suami

2. Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa

3. Ayah mertua

4. Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan.

5. Anak-anak suami

Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.

8. Anak saudara daripada saudara perempuan.

9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama.

10. Hamba sahaya.

11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

PENTING: Elak Diri Jadi MANGSA Rogol Walaupun Dalam RUMAH, Ini Batas AURAT Dalam Islam Hijabi Perlu Ambil TahuPENTING: Elak Diri Jadi MANGSA Rogol Walaupun Dalam RUMAH, Ini Batas AURAT Dalam Islam Hijabi Perlu Ambil Tahu
Sinar Harian akan mengadakan wacana Perogol Dalam Rumah pada 28 November 2017 pada jam 3.30 – 5.30 petang di Dewan Karangkraf, Kompleks Kumpulan Media, Seksyen 15 Shah Alam. Wacana ini nanti akan dikendalikan oleh Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali sebagai Moderator, manakala panel pula terdiri dari Pakar Motivasi, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad, Pengarah Kempen Stop #PerogolDalamRumah, Abjda Dato’ Zulkifli, Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim & Pensyarah Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Mazlena Mohamad Hussain.

PAKAIAN DALAM ISLAM

Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari Rasulullah S.A.W bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab :” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepada Usamah :” Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekali gus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.

Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

OR

Scroll to Top