Sokongan rakan suntik semangat Thevendran raih pingat emas

Sokongan rakan suntik semangat Thevendran raih pingat emas


ATLET karate, KS Thevendran atlet yang menyumbangkan pingat emas ke-36 kontinjen negara dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 menyifatkan sokongan rakan sepasukan membantunya menampilkan daya saing tinggi.

Malah atlet berusia 20 tahun kelahiran Cheras, Kuala Lumpur yang melakukan debut pertama di edisi AUG ke-21 itu mengakui agak gemuruh dalam penampilan pertamanya di pentas temasya dwi tahunan berkenaan.

“Sejujurnya saya akui sedikit gemuruh sebelum setiap pertandingan, perlawanan pertama begitu juga di pentas final selain tidak bersedia dari segi mental.

“Namun sokongan daripada rakan-rakan sepasukan ternyata meningkatkan keyakinan saya untuk mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top