July 27, 2024

Tiada isteri atau suami yang mahu diduakan

Tiada isteri atau suami yang mahu diduakan


PETALING JAYA: Penyanyi, Ernie Zakri, menentang tindakan mana-mana ‘penyondol’ yang menjalinkan hubungan dengan suami atau isteri orang sekaligus meruntuhkan rumah tangga individu berkenaan.

Kata Ernie, penyondol, sebelum merancang mengganggu perkahwinan orang lain, perlu memikirkan kesan negatif yang bukan sahaja ditanggung mereka malah seluruh institusi keluarga yang mereka rosakkan. 

“Saya sebenarnya takut nak komen pasal isu ini. Tapi apa yang boleh saya katakan, tak ada isteri atau suami yang mahu diduakan dan mahu pasangan mereka disondol.

“Saya menentang sebarang cubaan mengganggu rumah tangga orang lain. Kita tak tahu berapa banyak hati yang terluka kalau perkara ini berlaku. 

“Kesannya terlalu besar kepada pasangan suami isteri selain anak-anak pun trauma. Jadi minta dijauhkan daripada gangguan penyondol,” katanya.

Terdahulu, gitaris, Anwar Hamzah menolak fitnah warganet berkenaan hubungan sulit dengan Ernie. 

Ernie yang pernah mengulas perkara itu enggan melayan warganet terbabit yang sebenarnya sekian lama mengganggu menerusi mesej yang dihantar ke Instagram penyanyi itu.

Dalam pada itu, Ernie bersyukur kerana setakat ini Allah S.W.T melindungi keluarganya daripada individu berstatus penghancur rumah tangga orang.

“Alhamdulillah, Setakat ini tiada yang berani sondol suami dan diri saya sendiri.

“Orang masih hormat saya sebagai isteri orang serta Syamel sebagai suami saya. Doakan keluarga kami terus harmoni,” kongsinya.





Source link

OR

Scroll to Top