Pelakon popular, Uqasha Senrose, tampil bersuara dan menegaskan tidak akan berdiam diri susulan dakwaan serta fitnah melampau yang dilemparkan terhadap dirinya termasuklah melibatkan anaknya, Hawra Uqaira.
Menerusi perkongsian di Threads, Uqasha meluahkan rasa kecewa susulan tindakan individu memberikan komen kesat terhadapnya.
Mengakui baru pertama kali bergelar ibu, Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, situasi tersebut memberi kesan mendalam kepada emosinya.
“Uqaira you’re my daughter, terlampau jahat sangat kata-kata manusia sekarang ni.
“Yes, ibu sedih ..teruk skali orang benci ibu tapi jangan sampai libatkan anak kecik yang tak bersalah ni. I am a first time mother, thank you to all the momies yang banyak tolong Qasha masa nak membesarkan Qaira dan nenda pun banyak ajar. Im a proud mother dah
nak masuk 2 bulan. Rindu Qaira kecik… dah tak boleh dah nak pusing masa suruh jadi baby balik. Terus ke depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Uqasha juga menegaskan, dia tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan sehingga individu yang menyebarkan fitnah tersebut dikenal pasti.
“Saya tak akan berdiam diri sampai saya dapat tahu siapa orang ni? Dari mana semua… dah ambil link dari Facebook.
“Lama mana pun, saya akan buat sampai dapat itu janji saya,” tegasnya.

Terdahulu, Uqasha berkongsi tangkap layar berupa komen individu yang mendakwa aktres itu mengandungkan anak orang lain.
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Mulut Puaka Tuduh Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain: “Aku Difitnah Sebegini Teruk”
ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Allah Saya Mahu Berpisah Bukan Kerana Duit” – Uqasha Senrose Luah Perasaan, Gesa Kamal Adli Percepat Cerai
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Rela Anak Saya Dipukul Hari-Hari” – Bapa Uqasha Senrose Desak Kamal Adli Ceraikan Isteri
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Tahu Pula Bila Bapa Tahu Anak Dipukul Semasa Mengandung, Melahirkan & Berpantang Kena Diam Diri” – Uqasha Senrose






