Pelakon dan penyanyi, Fazura menegur sikap individu yang meninggalkan komen berbaur provokasi ketika dia membuat siaran langsung di TikTok.
Menerusi hantaran di Insta Story, Fazura turut memuat naik paparan skrin komen individu berkenaan yang mengaitkan bekas suaminya yang sudah berkahwin baru.
BACA: Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Fazura

“Dah move on belum, duda dah berbahagia dengan isteri solehahnya,” tulis individu berkenaan.
Fazura menyifatkan komen berkenaan tidak wajar apatah lagi ditinggalkan ketika dia sedang mencari rezeki.
Dalam pada itu, Fazura turut memuat naik komen netizen berbaur positif yang mahu membeli telekung untuk dihadiahkan buat ibunya.
“Contoh orang baik yang masuk live untuk beli telekung buat dihadiahkan buat ibunya,” tulisnya.






