Penyampai radio dan pelawak Johan memberitahu dia pernah menghanta anaknya iaitu Sodiq ke rumah anak yatim sebagai satu bentuk pembelajaran.
Menerusi satu hantaran di Threads, Johan berkata anak lelakinya itu mempunyai tabiat tidak boleh berkongsi termasuk dengan adik beradik.
BACA: “Saya Tak Mahu Dituntut Esok” – Johan Ajak Pembantu Rumah Solat Jemaah & Mengaji
“Dia (Sodiq) memang tak boleh nak berkongsi, dia dengan adik-beradik pun tak boleh nak kongsi.
“Jadi apa keputusan yang saya buat ialah hantar ke rumah anak yatim. Bagi saya ini adalah satu hukuman untuk diri dia sendiri supaya memberi kesedaran dan pembelajaran.
“Sodiq merupakan anak yang tak boleh kongsi makanan, pakaian, dan barang-barang dia semua tak boleh berkongsi,” katanya.
Mahu memberi pembelajaran, Johan berkata dia membuat keputusan menghantar dua anaknya ke rumah anak yatim selama tiga hari selepas melakukan satu kesalahan.
“Ada satu hari dia buat kesalahan dengan adik dia, jadi saya bawa Sodiq dengan Haziq dua-dua pergi rumah anak yatim selama tiga hari,” katanya.
Diruangan komen rata-rata netizen memuji cara Johan mendidik anak-anak kerana tidak perlu marah mahupun menjerit dalam masa sama mereka boleh belajar untuk lebih bersyukur.







