Shila Amzah Dedah Tekanan Pikul ‘Title’ Anak Sulung – “Kami Tak Kuat! Sering Paksa Diri Untuk Nampak Okay”

Shila Amzah Dedah Tekanan Pikul ‘Title’ Anak Sulung – “Kami Tak Kuat! Sering Paksa Diri Untuk Nampak Okay”

Shila Amzah Dedah Tekanan Pikul ‘Title’ Anak Sulung – “Kami Tak Kuat! Sering Paksa Diri Untuk Nampak Okay”


Penyanyi popular, Shila Amzah mengaku bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai anak sulung terutamanya apabila perlu sentiasa terlihat kuat di mata keluarga dan orang sekeliling.

Kata Shila, mana-mana individu yang bergelar anak sulung dalam keluarga bukanlah seorang yang kuat seperti yang disangka apatah lagi dari segi fizikal, mental mahupun kewangan.

Menurutnya, ramai anak sulung terpaksa memaksa diri untuk sentiasa kelihatan baik-baik sahaja walaupun berdepan tekanan dalam diam.

“That we are not actually that “strong”. Mentally, physically and financially. Tapi sering paksakan diri terlihat okay sahaja,” katanya menerusi hantran di Threads.

Pelantun lagu Pernah Punya Aku itu berkongsi perkara demikian selepas seorang individu di platform sama tampil mengajukan soalan mengenai apakah seorang anak sulung perlu untuk orang sekeliling fahami selain memikul tanggungjawab keluarga.

Sekadar info, Shila merupakan anak sulung kepada empat orang adik beradik antaranya, Amir Syafiq, Amir Syahir, dan Syada Amzah.

Kesemua mereka merupakan anak kepada penyanyi veteran terkenal, ND Lala dan Fauziah Sarman.



Source link

OR

Scroll to Top