Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menyifatkan bakal isterinya, Bella Astillah sebagai wanita dan juga ibu luar biasa.
Memetik Harian Metro, Saddiq berkata kehebatan Bella dalam mendidik dua cahaya matanya iaitu Ayden dan Ara dalam dilihat menerusi keperibadian mereka.
BACA: “Kami Kenal Bella, Dia Seorang Yang Penyayang & Kami Tak Peduli Kisah Lampau Dia”
“Bella seorang wanita yang luar biasa dan seorang ibu yang jauh lebih luar biasa. Contoh terbaik ada pada Ayden dan Ara. Betapa sopannya mereka, itu memang datang daripada ibunya,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata dia masih dalam proses perbaiki diri untuk menjadi ibu terbaik buat anak-anaknya dan ibunya sentiasa menjadi contoh terbaik.
“Bella tidak sempurna. Alhamdulillah kalau ada yang mengidolakan, tetapi sebenarnya banyak lagi yang perlu Bella perbaiki.
“Bella masih belajar. Sekarang pun Bella tengok apa yang Mama buat dan ambil contoh-contoh yang positif untuk diterapkan bagi menjadi ibu yang baik untuk Ayden dan Ara.
“Sebagai ibu, kita kena tunjuk contoh yang baik supaya bila anak-anak membesar, mereka akan ikut kelakuan, sikap dan adab yang baik,” katanya.
Sumber: Harian Metro





