Siapa dua gadis cantik yang curi tumpuan di Guadalajara?

Siapa dua gadis cantik yang curi tumpuan di Guadalajara?


Karina (kiri) dan Winter hadir memberi sokongan kepada skuad Taegeuk Warriors di Stadium Guadalajara. Foto Agensi

DUA gadis cantik yang mencuri perhatian di Stadium Guadalajara, Mexico ketika Korea Selatan menewaskan Republik Czech 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala Dunia 2026 pada Jumaat rupa-rupanya ialah bintang K-pop terkenal, Karina dan Winter daripada kumpulan aespa.

Walaupun terdapat ruang kosong di beberapa bahagian stadium yang berkapasiti 46,000, kemunculan kedua-dua selebriti itu di tempat penonton tetap mencetuskan tumpuan di luar aksi perlawanan yang berlangsung sengit di atas padang.

Difahamkan, sebahagian penyokong di stadium menyalahkan harga tiket yang tinggi menyebabkan banyak kerusi kosong dan mengkritik model penetapan harga oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Kehadiran Karina (kiri) dan Winter di Stadium Guadalajara menjadi perhatian lensa kamera. Foto Agensi

Kehadiran Karina (kiri) dan Winter di Stadium Guadalajara menjadi perhatian lensa kamera. Foto Agensi

Karina dan Winter turut berkongsi momen di media sosial, termasuk video mengibarkan bendera Korea Selatan serta memakai jersi merah tradisi penyokong negara itu, yang segera tular dan mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat.

“Semoga berjaya kepada para pemain!” tulis Karina menerusi hantaran yang pantas menarik perhatian netizen.

Tidak hanya itu, penyanyi antarabangsa Lisa (Blackpink) turut mencuri perhatian apabila meraikan kemenangan Korea Selatan dengan memakai jersi bertulis nama Lee Kang-in, sekali gus menambah lagi keterujaan peminat di media sosial.

Di atas padang, Korea Selatan terlebih dahulu ketinggalan sebelum bangkit pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 2-1, sekali gus membuka kempen mereka dengan tiga mata penting dalam Kumpulan A yang turut dihuni tuan rumah Mexico dan Afrika Selatan.



Source link

OR

Scroll to Top