Tuah lagu Tiwikarma, Juara AJL40 jadi milik K.O.I

Tuah lagu Tiwikarma, Juara AJL40 jadi milik K.O.I


KUALA LUMPUR: Lagu Tiwikarma nyanyian kumpulan K.O.I ciptaan Zai Hamzah dan Hemo Globin, manakala lirik ditulis oleh Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan kumpulan ini membawa pulang trofi AJL serta wang tunai berjumlah RM100,000 selepas menewaskan sembilan lagi finalis dalam saingan kemuncak anugerah muzik berprestij itu.

Tempat kedua menjadi milik Aisha Retno yang membawakan lagu Tak Adil sambil menyaksikan penyanyi ini membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM50,000.

Manakala tempat ketiga pula disandang Reynauld Guntabid menerusi lagu Lumangad Oku Dika yang meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.

Sementara itu, Anugerah Vokal Terbaik dimenangi Marsha Milan meraih wang tunai berjumlah RM12,000 serta trofi manakala Persembahan Terbaik menjadi milik Aina Abdul menerusi lagu Kamu juga membawa pulang RM12,000 serta trofi.

Sementara itu, Anugerah Ikon Pilihan Shoppe diraih oleh Aina Abdul yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, trofi serta kontrak bersama jenama itu.

AJL40 yang memasuki edisi ke-40 tahun ini menyaksikan persaingan 10 lagu yang mara daripada peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 40.

Tahun ini menyaksikan pembabitan Amir Masdi menerusi lagu Nurcinta, Tak Adil (Aisha Retno), Tiwikarma (K.O.I), Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie), Lumangad Oku Dika ( Ryenald Guntabid),Kamu (Aina Abdul) serta Ke Mana Ni (Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik).

Selain itu, Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan), Semacam Pandora (Hazama), dan Lemah (Dayang Nurfaizah).

Edisi kali ini turut membawa makna tersendiri apabila AJL meraikan empat dekad perjalanan dalam industri muzik tempatan, sekali gus menghimpunkan karya, penyanyi dan penggiat muzik daripada pelbagai generasi.

Selain pertandingan utama, AJL40 turut memberikan pengiktirafan khas Anugerah Ikon AJL40 kepada Faizal Tahir dan Hael Husaini sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada perkembangan muzik tanah air.

SENARAI PEMENANG AJL40:

Juara: K.O.I (Tiwikarma)

Tempat Kedua: Aisha Retno (Tak Adil)

Tempat Ketiga: Reynauld Guntabid (Lumangad Oku Dika)

Vokal Terbaik: Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa)

Persembahan Terbaik: Aina Abdul (Kamu)

Wakil ke Pertandingan Eurovision Asia : Aina Abdul



Source link

OR

Scroll to Top