Datuk Vida Dedah Individu Berjaya Bida Barangan Mewah Pekerjanya Sendiri

Datuk Vida Dedah Individu Berjaya Bida Barangan Mewah Pekerjanya Sendiri


Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengesahkan individu yang berjaya membida barangan mewah miliknya itu adalah antara pekerjanya.

Memetik BH Online, Vida berkata dia perlu menyelamatkan barangan miliknya yang dibeli hasil titik peluh sendiri kerana baginya ia mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

BACA: Aset Vida Termasuk 3 Kereta Mewah Berjaya Dilelong RM1 Juta

“Saya pun pasti orang ramai tahu sebab mereka selalu lihat orang itu bersama-sama saya. Siapa lagi kalau bukan. 

“Tapi apa pun, saya perlu selamatkan aset saya yang saya beli dengan wang titik peluh sendiri dan yang ada nilai sentimental pada saya, seperti perabot di rumah. Walaupun boleh beli lain, saya rasa waktu ini masih perlukan aset sentimental itu,” katanya.

Sementara itu, Vida mengakui sedih dengan lelongan berkenaan apatah lagi selama ini dia bekerja keras untuk mencari pendapatan namun dia menjadikan apa yang berlaku sebagai pengalaman.

“Sedih sebab berjuta-juta itu duit saya. Saya berusaha buat ‘sale’, malam-malam buat ‘live’, kalau tak cukup kita cari cara lain. Kalau tidak cukup di Malaysia, saya pergi Singapura, kalau tidak cukup, ke Brunei.

“Semua itu kita lalui. Saya rasa Tuhan sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk saya, syarikat saya dan masa depan,” katanya.

Pada akhir bulan lalu, 727 harta milik Vida berjaya dilelong dengan nilai keseluruhan mencecah RM1 juta di kediamannya di Persiaran Bukit Meru, Meru Heights, Ipoh, Perak.

Sumber: BH Online






Source link

OR

Scroll to Top