May 18, 2024

Kerana poster saya, pemilik dewan pulangkan deposit – Sanusi


HULU SELANGOR – Kerana poster terpampang wajah Menteri Besar Kedah, Majlis Himpunan Anak Kedah yang sepatutnya diadakan di sebuah dewan di Selangor semalam terpaksa ditukar ke lokasi lain.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, lebih malang apabila pemilik premis memulangkan duit deposit penganjur himpunan.

“Tadi ada himpunan anak Kedah di perantauan, saya pergilah di IDCC (Shah Alam). Sebelum itu kita tempah satu dewan lain, ada la satu dewan.

“Oleh kerana dewan itu digunakan oleh anak Kedah dan poster dia pula, poster Sanusi, dipulangkan duit deposit.

“Selangor…teruk betul Selangor… Bagi balik oooi (duit deposit),” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) di Bandar Utama Batang Kali di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun; bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan calon PN, Khairul Azhari Saut.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi juga berkata, Kerajaan Negeri Kedah tidak akan bersikap seperti itu malah mengalu-alukan mana-mana parti politik untuk menyewa dewan di negeri itu.

“Saya tuan-tuan di Kedah, parti apa pun mai di Kedah, nak guna dewan apa pun hangpa mai aku bagi sewa semua, hang nak guna stadium, hang mai.

“Ni PMX akan datang 4 Mei ini buat Hari Raya Madani di satu tanah milik GLC Kerajaan Negeri, hangpa pakai percuma.

“Semua mai makan, apa caj sewa, hentam, percuma, Madani, Madanon semua boleh mai,” katanya.

Katanya lagi, kebebasan untuk menyewakan mana-mana fasiliti di Kedah menunjukkan kerajaan pimpinan Pas lebih budiman (gentleman) daripada Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

“Hat tu kerajaan gentlemen, semua orang boleh makan, ni dak, oooi bayar sewa tu, bagi balik Sanusi mai.

“Hangpa takut apa Nusi, koyak? Panas tak apa tuan-tuan, jangan koyak, lemah kawan saya ini, tak boleh kata kat dia, jap lagi dia serang, kata kat dia yang kena tu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top