June 14, 2024

KTM Duke kembali di pasaran, muncul 4 model baharu


SUBANG – KTM Malaysia kembali ke pasaran segmen motosikal berkuasa tinggi apabila memperkenalkan generasi baharunya iaitu empat model Duke iaitu KTM 250, KTM 390, KTM 990 dan KTM 1390 dengan sasaran jualan lebih 100 unit sebulan.

Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia, Goi Seong Keng berkata, kemunculan model tersebut syarikat pengilang motosikal serta aksesori dan  komponen bertaraf dunia ulang tahun ke-30 dari Austria itu.

Menurut beliau, selain empat  model itu, satu lagi model yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat iaitu KTM 790 Duke.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China.

“Peningkatan permintaan terhadap model motosikal itu dipercayai kerana faktor harganya yang menarik.

“Generasi terbaru ini bakal ‘menjerit’ dan merentas jalan dengan megah beronakan metalik oren ED  Elektronik iaitu warna yang dikhaskan secara eksklusif untuk perayaan ke-30 tahun Duke,” katanya majlis pelancaran eksklusif model itu di SkyPark RAC di sini hari ini.

Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia, Goi Seong Keng bergambar bersama empat model baharu KTM Duke sempena menyambut ulang tahun syarikat pengilang motosikal serta aksesori dan komponen bertaraf dunia ke-30 tahun pada Majlis Pelancaran Eksklusif Model Baharu KTM Duke di SkyPark RAC, Subang. Foto MOHD ADZLAN, 04 MAY 2024.

Sempena ulang tahun ke-30, KTM turut memperkenalkan slogan baru: No bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundaries.

Di Malaysia, Eurotech Wheel  merupakan pengedar eksklusif jenama KTM sejak berada di pasaran pada 2011.

Seong Keng menambah, seperti Duke lain, julat berkuasa tinggi model itu akan mengaum meredah jalan raya tanpa kompromi dan tiada tandingan dengan kelengkapan mesin prestasi tulen.

Kata beliau, Duke juga bersedia menerima pencabar untuk membuktikan penguasaan mereka membelah jalan raya dan merentas segala halangan apabila rangkaian motosikal itu dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi.

“Sebagaimana pengalaman penunggangan model KTM Duke yang  sedia ada dalam pasaran, KTM Duke menjanjikan kepada pengemar motosikal berkuasa tinggi itu dan model Duke terbaru ini menjaminkan kepuasan berganda kepada pemiliknya.

KTM memperkenalkan empat model baharu Duke sempena menyambut ulang tahun syarikat pengilang motosikal serta aksesori dan komponen bertaraf dunia ke-30 tahun pada Majlis Pelancaran Eksklusif Model Baharu KTM Duke di SkyPark RAC, Subang. Foto MOHD ADZLAN, 04 MAY 2024.

“Sambutan ulang tahun ke-30, KTM Duke bukan sahaja untuk meraikan kejayaan syarikat tetapi kami mahu berkongsi pengalaman dan mencipta memori penunggangan KTM Duke yang sukar dilupakan.

“Setiap keluaran motosikal KTM Duke, kami menggabungkan penampilan yang sedap mata memandang  dengan reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi serta tahap penunggangan berprestasi tinggi di jalan raya.

“Kami sentiasa mengutamakan kepuasan penunggang dan mereka akan mendapat apa yang dijanjikan dan merasai pengalaman tegar bersama  Duke,” katanya.

Seong Keng memberitahu, selama 30 tahun, idea utama di sebalik setiap model Duke ialah memberikan pengalaman baru dan berbeza kepada penunggang, seolah-olah mereka baru menunggang motosikal.

Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia, Goi Seong Keng bercakap kepada media pada Majlis Pelancaran Eksklusif Model Baharu KTM Duke di SkyPark RAC, Subang. Foto MOHD ADZLAN, 04 MAY 2024.

“Setiap model ada ciri dan keistimewaan tersendiri. Inilah yang membuatkan Duke terus mendahului pesaingnya di pasaran.

“Bagi menepati kehendak pasaran hari ini bersama keinginan Duke untuk sentiasa berada jauh di depan, syarikat sentiasa hadir dengan ilham baru yang lebih garang’, berani dan matang,” katanya.

Sementara itu, rangkaian penuh Duke termasuk KTM 200 Duke, KTM 250 Duke, KTM 390 Duke, KTM 790 Duke, KTM 890 Duke R, KTM 990 Duke, KTM 1290 Duke dan KTM 1390 Duke.

Ketika ini, pengedar sah KTM berada di hampir seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak di mana setiap mereka telah menghadiri kursus khas oleh KTM dan memperoleh sijil antarabangsa keluaran KTM Austria yang  mempunyai mekanik yang bertauliah dan professional. – MalaysiaGazette

KTM memperkenalkan empat model baharu Duke sempena menyambut ulang tahun syarikat pengilang motosikal serta aksesori dan komponen bertaraf dunia ke-30 tahun pada Majlis Pelancaran Eksklusif Model Baharu KTM Duke di SkyPark RAC, Subang. Foto MOHD ADZLAN, 04 MAY 2024.



Source link

OR

Scroll to Top